Powered By Blogger

Tuesday, March 29, 2011

PERNIAGAAN INTERNET




Sekarang sudah ramai rakyat Malaysia melakukan perniagaan internet terutamanya dari rumah. Kita boleh lihat perniagaan mereka semakin berkembang namun masih ada yang tidak tahu mengenai perniagaan internet, terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman yang tiada talian internet mahupun telefon. Ini meletakkan mereka jauh ketinggalan di belakang berbanding penduduk di kawasan bandar dan luar bandar. ICT makin berkembang dan kita sepatutnya mengikut arus perkembangan tersebut agar tidak jauh ketinggalan di belakang.

Boleh dikatakan usahawan muda sekarang menggunakan internet sebagai medium perantaraan antara mereka dengan pelanggan dan bakal pelanggan mereka. Boleh dikatakan kebanyakan orang yang berkerjaya melayari internet hampir setiap hari dalam kehidupan seharian mereka. Oleh yang demekian, melalui perniagaan internet mereka boleh menyampaikan maklumat mengenai produk yang mereka hendak pasarkan dengan cepat dan menjimatkan masa. Sekarang kita boleh lihat usahawan seperti kek & pastri, baju, tudung, aksesori wanita dan bermacam lagi menggunakan perniagaan internet. Bagi suri rumah yang mahir dalam melakukan sesuatu perkara, mereka boleh memulakan perniagaan internet bermula dari rumah tanpa perlu bergegas dari satu tempat ke satu tempat. Mereka juga boleh menjaga dan memantau anak mereka sendiri tanpa perlu menghantar ke pusat asuhan. Ini kerana wanita berkerjaya sekarang bimbang terhadap keselamatan anak mereka kerana banyak kes yang berlaku mengenai kematian budak kecil akibat kecuaian pekerja di pusat asuhan kanak-kanak.

Berbalik kepada tajuk yang di bincangkan tadi, perniagaan internet boleh memberi pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang berusaha dan betul-betul berminat untuk menjalankan perniagaan internet. Pelbagai laman sosial boleh digunakan sebagai medium perantaraan untuk memasarkan produk kita.

Untuk maklumat lanjut: www.lot.my

No comments:

Post a Comment